Siti Foods yang diusahakan oleh salah seorang usahawan tempatan iaitu Encik Joardy Mardeko bersama – sama dengan isteri beliau Puan Fauziah Maubin. Perusahaan ini telah dijalankan sejak 2016 lagi.
Encik Joardy bersama isteri Puan Fauziah Maubin berniaga pada acara kerajaan
Bermula dengan pengalaman sebagai tukang masak di restoran Chilli's dan Labodega selama 3 tahun setengah di Kuala Lumpur, Encik Joardy berjinak - jinak di dalam perniagaan makanan dengan membuat produk atau makanan "western food" yang semakin dikenali di kalangan masyarakat setempat.
Di antara produk yang diusahakan oleh Siti Foods adalah Roti John, Kebab, Pau dan juga Spaghetti. Jualan produk Siti Foods boleh di dapati pada setiap minggu di pasar tamu Kinabatangan. Selain itu, Encik Joardy juga melakukan jualan di Masjid Besar Kinabatangan setiap hari Jumaat pada waktu solat Jumaat. Siti Foods turut terlibat menyertai acara – acara yang di anjurkan oleh kerajaan dan juga agensi – agensi swasta.
Jualan di Masjid Besar Kinabatangan pada solat Jumaat
produk jualan pelbagai jenis Pau
Untuk di masa hadapan Encik Joardy merancang untuk mengembangkan produk jualannya dengan melakukan penjualan menggunakan "food truck" yang mana kini semakin popular di dalam Malaysia.
Siti Foods boleh di hubungi melalui
Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Telefon: 016 – 9956387
FB : Siti Foods