Muzium ini terletak di Kampung Batu Puteh, Kira-kira 41km dari Pekan Kota Kinabatangan dan 80km dari Bandar Sandakan. Ia adalah bukit kapur terpencil dan mencapai ketinggian kira-kira 40 meter dan merupakan sebahagian daripada pembentukan batu kapur Labang lebih kurang 20-25 juta tahun yang lalu. Ia digunakan sebagai tapak kubur keranda log kuno dari sekitar 500 hingga 900 tahun yang lalu.


Gua itu ditemui pada tahun 1984 melalui ekspedisi yang diketuai oleh P Brietag, pengurus ladang tembakau di Batu Putih dari Kinabatangan bersama penyelidik Barbara Harrisson dari Muzium Negeri Sarawak dan kakitangan Muzium Sabah.


Terdapat tiga gua utama di Agop Batu Tulug, iaitu Agop Sawat (gua atas), Agop Lintanga (gua tengah) dan Agop Suriba (gua bawah). Gua-gua di sini (Agop Sawat dan Lintanga) mengandungi lebih dari 125 keranda log kuno, yang mewakili salah satu warisan budaya yang unik di Sabah.

Keranda yang terdapat di kawasan ini kebanyakkannya menyerupai haiwan yang berbeza yang berkaitan dengan kepercayaan Orang Sungai tetapi juga telah dikatakan bahawa mereka adalah peti mati orang Cina yang pernah menetap di kawasan itu. Ini dibuktikan dengan artifak orang cina yang ditemui di kawasan keranda.


Sejak 6 Julai 1996, gua-gua ini telah di selenggara oleh Muzium Sabah yang mana kemudahan – kemudahan seperti tandas, tangga bangunan dan bangunan pejabat telah disediakan.

 

bttulug1

Gambar jarak jauh Muzium Batu Tulug

 

bttulug2

Keranda kayu

 

bttulug3

Beberapa keranda kayu di bahagian gua atas

 

Info berkaitan
Alamat : Muzium Batu Tulug, WDT 197, 90200 Kota Kinabatangan, Sandakan Sabah
Telefon : +60 89-565145 / +60 89-551062
Waktu dibuka : 9:00 pagi hingg 5:00 petang setiap hari
Bayaran masuk : Warganegara (RM2.00) / Bukan Warganegara (RM15.00)

(sumber :wikipedia dan muzium sabah)