Pada 28 Feb 2018 satu upacara perasmian Persatuan SABAS zon Kg Sentosa Jaya telah berlangsung di bangunan KRT Kg Sentosa Jaya telah dijalankan. Mini Pusat Ekomoni Digital Kg Sentosa Jaya bersama - sama dengan pihak SABAS dan KRT Kg Sentosa Jaya telah berkerjasama di dalam menjayakan majlis tersebut.
Majlis yang telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Kolonel (K) Dato' Juhari Hj Janan (JP) selaku Presiden Persatuan Bangsa Sungai (SABAS) Negeri Sabah mendapat sambutan ramai penduduk kampung.
Beliau turut meluangkan masa dengan melawat Mini Pusat Ekonomi Digital Kg Sentosa Jaya setelah selesai acara majlis. Lawatan ke Mini PEDi telah mendapat maklumbalas positif dari rombongan pihak Dato dan berharap agar lebih banyak aktiviti dari masa ke semasa dapat dijalankan bersama - sama dengan persatuan SABAS.
Bagi pihak PEDi kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian pihak Yang Berbahagia Kolonel (K) Dato' Juhari Hj Janan (JP) atas kesudian melawat bangunan Mini Pusat Internet Kg Sentosa Jaya.