Pada 28 - 30 September 2018, satu program anjuran Persatuan Bangsa Sungai Sabah atau lebih dikenali sebagai SABAS telah di jayakan di Tapak Tamu Pekan Sukau, Kinabatangan. Acara tahunan iaitu Pesta Damas ini telah berlangsung selama 4 tahun berturut-turut.
Pesta Damas telah dirasmikan oleh YB Datuk Mohammadin Bin Ketapi iaitu Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia. Pada masa yang sama YB Datuk Mohammadin Bin Ketapi telah ditabalkan sebagai Tagajoh (pemimpin) masyarakat kaum Sungai.
Pelbagai acara dilakukan sepanjang pesta ini antaranya adalah pertandingan mewarna kanak-kanak, pertandingan Damas berhias, Tegunggu, Gelagu, Dedindang, tarian tradisi, pakaian tradisi dan masakan tradisi.
Pelbagai agensi turut terlibat dalam melakukan pameran pada pesta tersebut. Di harap agar Pesta Damas dapat dilakukan lagi pada masa hadapan dan seterusnya membawa nama bangsa sungai ke arena antarabangsa.